Tuesday, March 15, 2011

Tips Cuci Berus

Minggu ni SH tak pegi kemana-mana.
Sabtu, SH mendapat pelawaan dari Leez- LRTouch untuk ke Hore Hore Aznil membantunya di belakang tabir dan Hari Ahad juga xdapat turut serta dgn Leez ke  Studio NTV7 untuk mekap di sana di sebabkan
SH sudah membuat temu janji dengan 2 orang customer di Butik.
Jadi petang itu SH mencuci berus- berus mekap. Berus-berus mekap ni harus & perlu di cuci untuk mengelakkan bakteria. Maklumlah debu-debu dari bedak, bluher & etc yang melekat pada berus2 tu boleh mengakibatkan bakteria.. kalau tak di bersihkan boleh mengakibatkan gatal-gatal pula pada muka customer nanti...

Meh kita tengok tips- tips untuk mencuci berus.

Senang jer nak cuci berus2 mekap ni...
just guna mandian baby ataupun syampo baby atauapun boleh juga guna shower cream.
Memula siapkan sebesen air suam
Tuangkan sedikit agen pencuci tadi ke dalam besen tadi
Kocak sampai berbuih
 rendamkan seketika berus di dalam air yang telah di masukkan agen pencuci tadi
kemudian gosok2kan secara lembut bulu berus pada tapak tangan anda seperti gambar di bawah
( sila abaikan objek2 lain yang tak berkenaan dlm gambar ni ya.. hehe)

Gosok dalam bentuk bulatan yer...
Tengok tu..airnya keruh... itu menandakan bedak2 mahupun foundation yang melekat pada berus telah keluar...Buat satu persatu pada semua berus mekap yang anda ada....
Tukar air jika perlu. ( bergantung pada tahap kekotoran berus)

Lepas dah cuci semuanya.. bilas berus tadi dengan air bersih. ( kalu nak guna air suam pun amatlah di galakkan) perlu di ingatkan.. anda perlu bilas beberapa kali sehinggalah betul betul bersih.
Gambar kat diatas ni bilasan yang pertama.. masih keruhkan airnya.. jadi kena bila bilas dan bilas lagi

Bila dah siap bilas semua, lapkan berus dengan tuala bersih. Lapikkan dengan kertas putih ataupun boleh juga gunakan tuala yang bersih untuk lapik berus2 ni macam gambar kat bawah ni yer...

Kemudian keringkanlah ... dan pastikan berus betul-betul kering untuk di gunakan semula.
Senang jer kan... Selamat mencuba
 

Copyright © 2012 Reserved to Touch Of Hanna Syamhanna design with love by Cik Bulat