Tuesday, March 22, 2011

Day Make Up - Pn Ramlah

Day Make Up
Venue:  Taman Dato Demang, Bdr Putra Perdana
Date : 19 March 2011
Photo By : SyamHanna
Make Up By : SyamHanna
Kali ni SH mendapat tempahan dari Pn Ramlah untuk day mekap di hari pertunangan anak lelakinya.
Seperti biasa, kualiti gambar memang x memuaskan..bilik ini xada lansung cahaya luar & 100% mengharapkan cahaya lampu.
Tak susah mencari rumah Pn Ramlah ni dan agak terhibur dengan telatah 2 org cucunya yang begitu fasih berbahasa inggeris biarpun baru berumur 2 1/2 tahun.
 Untuk mekap Pn Ramlah ini, SH mengikut sepenuhnya kehendak Pn Ramlah, bermula dari eyeshadow, blusher, fake eyelashes & lipstik adalah mengikut pilihan Pn Ramlah sendiri.
Jom kita tengok!
Ini adalah wajah Pn Ramlah sebelum di mekapkan.


Ini pula wajah PnRamlah setelah di mekapkan. Pn Ramlah memilih eyeshadow sederhana bernarna gold & coklat tetapi SH meletakkan sedikit warna merah untuk memberikan seri kepada warna eyeshadow. Pada mulanya Sh telah membuat sedikit teknik soket pada mata Pn Ramlah untuk kesan yang lebih segar namun atas permintaan Pn. Ramlah , SH telah memblend semula warna eyeshadow tadi dengan warna light gold.


Untuk blusher juga Pn Ramlah mahukan yang berwarna coklat & Pn Ramlah tidak mahu warna blusher yang terlalu menonjol.
Untuk lipstik, pada mulanya SH meletakkan warna merah muda yang di padankan dengan gloss supaya wajah Pn Ramlah tampak lebih muda dan manis tetapi atas permintaan Pn ramlah yang mahukan warna 'Russet Red' jadi Sh hanya menurut dan Inilah hasilnya..

Terima kasih SH ucapkan kepada Pn Ramlah kerana percaya kepada sentuhan SH : )

 

Copyright © 2012 Reserved to Touch Of Hanna Syamhanna design with love by Cik Bulat