Tuesday, December 17, 2013

Make Up Sanding Ira - Ulu Kelang

Untuk hari persandingan Ira mengenakan busana yang berwarna 'champaign' cantik bajunya... juga dari air tangan mak mertua Ira sendiri.. Haaa.. uolls kalau nak tempah baju bolehla pergi ke butik mertua Ira dia di Puteri Park Plaza... tapi lupa pula nama kedainya




Ira sangat berpuas hati dengan sentuhan ini... dua kali Ira call kak hanna...
Terima kasih Ira.. kerana mempercayai sentuhan kak Hanna & menggunakan perkhismatan kak hanna



Gambar kat bawah ni sy ambil FB Ira... 


Semoga Ira & Sahril berbahagia hingga ke akhir hayat...

Make Up Sanding Nadia -Taman Permata

Selepas selesai Di rumah Ira, Sy bergegas pula ke Taman Pertama Hulu Kelang untuk job mekap yang kedua. Job ni dari Butik Aura.. Terima kasih Butik Aura.. Rasanya tahun ni tahun ketiga sy sebagai freelance make up artist dengan Butik Aura Raja Sehari.


Gambar Nadia sebelum di mekap sy dah snap.. tapi bila nak upload cari tak jumpa... hurmm mungkin sy dah terdelete agaknya...

.




Nadia ni sangat sempoi orangnya... solekan dia mahukan yg natural.... dan tak mahu pakai bulu mata palsu.
sebab takut tak selesa katanya...tapi sy minta dia cuba dulu..kalau tak okay barulah sy tanggalkan... 
sy menggunakan bulu mata handmade yang natural dari Indonesia. Lepas pakai Nadia kata Okay..

Make Up Nikah Ira - Hulu Kelang

Seronok berkenalan dgn Ira ni.. Orgnya cantik..tinggi lampai persis model...
Ira juga sgt baik.. baru kenal tapi rasa mcm dah lama pulak.. seawal jam 8.30 pagi sy dh mula mekapkan Ira… mujur senang  nak cari umah Ira ni..Majlis Nikah Ira bermula jam 11.00 pg tapi 9.30 dah siap mekap.. siap pakai baju ..tudung semua jam 10.00 Ira dah bersiap ke Masjid.

Jom tengok gambar




Untuk mekap Nikah sy mekap menggunakan earth color je utk Ira.. supaya nmpak lebih manis…
Ira dan siap threading kening dia..so mmg dah terbentuk…


Cantik baju Nikah Ira... special made oleh mak mertua Ira... best kann

Wednesday, December 11, 2013

Make Up Bertunang Zurina

Rasanya banyak customer sy yang memilih tema purple utk hari bahgia mereka...
Termasuklah Zurina. Nampak sweet sgt dengan busana purple dia...
Mekap + Baju + Aksesori dari Syamhanna Resouces tau.. so kalu minat nak amik pakej tunang boleh contact kak hanna yer...

wajah sebelum Zurina... sejuk mata memandang...


Taraaaaaa....... dah macam model muslimah kannnn...
satu lagi nk habaqq... panten kak Hanna semuanya kak Hanna x cukur kening... main sorok sorok jer sekarangggg... unless kening diorg mmg siap cukur... kalau x cukur pun kak hanna leh je sorok..
supaya nmpak kemas terbentuk cam kening Zurina ni.... 





kak Hanna pun x tahan tgk Zulina cantik sgt.. tu yang menempak kt sebelah Zurina tu,... heheh
Anyway Zurina sgt sgt puas hati,,siap sms kak Hanna..say tengkiussss sgt sgt


Fizs Reception

Fizs ni request mekap natural utk majlis Resepsi dia... rambut pun minta yang simple simple saja.. so kak Hanna follow...
tapi gambar sy snap lepas pengantin dah sanding... dah lepas makan dah punn.... so rambut pun dah kurang curl dah....

Gambar sebelum ni sy snap time Fizs baring...











Baju ni Fisz punya sendiri... termasuklah aksesori..so sy hanya mekapkan saja.
By the way lauk kenduri Fizs sedap sangat dari ANGSANA CATERING... Thanks to Farah kakak ipar Fizs yang rekemenkan kak Hanna utk Fizs... 

Konvokesyen Diana

First of all nak ucapkan Congrats to Diana ... bukan senang tau nak belajar dlm status diri yang dah bergelar isteri..dan ibu... Akhirnya berjaya juga Diana menggengam segulung Ijazah.
Diana ni actually teman tempat kerja lama sy sewaktu di Oil & gas Company... Utk hari konvokesyen, Diana minta mekapkan dia natural natural aja..so sy mekapkan agar Diana nmpak FRESH dan berkeyakinan untuk melangkah ke atas pentas nanti... aicehhh!






Cantikkan tudung hoodie Diana... jeless kak Hanna tauu.... Lepas mekap terus ke komplek PKNS bangi carik tudung camni.. hehhe

Wednesday, November 6, 2013

Pertunangan Siti @ Ulu Langat Selangor

Pertunangan Siti Dan Razni
20 Oct 2013
Ulu Langat


First of all nak wish Selamat Bertunang untuk Siti.. Siti ni ex officemate sy sewaktu di opis lama yg tetap menjadi kenangan KNM Group Berhad. 



 Sy x cukur kening siti.. hanya tutup tutup saja.. hahah
Eye begnya agak teruk jugak..sedaya upaya sy cuba coner lingkaran bawah mata Siti
Kulit Siti ni sgt kuat berpeluh... dah mcm waterfall pulak... jenuh la sy control sebaik mungkin..
Tapi inilah hasilnya... 




Busana dan veil juga dari saya 'Hanna Syamhanna Resources"
Bunga tangan yg cun pun dari sy jugaks.. :)


Hantaran untuk Pihak Siti & Razni juga dari hasil tangan sy.. tapi gambar yang cantik x adalah pulak..maklumla guna kamera cap ayam jer kan..
Anyway thanks to Siti kerana mempercayai sentuhan Kak Hanna..

Monday, September 30, 2013

Persandingan Azlynn & Azhan

PersandinganAzlin & Azhan
28 Sept 2013
PPR Sri Alam
Pudu KL


Azlin ni adalah repeat customer sy. Sy pernah mekapkan Azlin untuk majlis pertunangan beliau dalam 6 bulan yang lepas.. Untuk wedding, Azlin book semua dari sy.. baju.. mekap.. pelamin... semuanya dari sy..


Wajah Azlin sebelum mekap





Rambut Azlin ni jenis yg nipis..jadi agak mencabar jugak nak sanggulkan rambutnya,,di tambah pula masa yg agak terhad... sepatut start mekap jam 10.30 tapi di sebbkan Azlin turut serta dalam Marhaban, jadi hampir jam 11.00 pg baru Azlin masuk ke bilik... kemudiannya menunggu Azlin nak pakai contact lense... hampir 11.20 baru mula mekap.... sandingnya 12.30 dengan hair do lagi..mmg masa sangat suntukk.. tapi Alhamdulillah di Permudahkan...











Pelamin juga dari Syamhanna Resources 


Terima kasih lin kerana mengunakan perkhidmatan kak hanna & mempercayai sentuhan kak hanna 

Monday, September 23, 2013

Make Up Dinner For Maziah @ PPR Raya Permai Sg Besi

Make Up Dinner
PPR Raya Permai Sg Besi
Sabtu 21 Sept 2013

Lepas mekapkan Diana kat Sentul, sy terus ke Sg Besi pula untuk mekapkan Maziah..staff NPE tol.
Seronoknya kan ada Dinner cenggini...kak Hanna ni bilalah agaknya nak pg Dinner ha,,, selalu mekapkan org aja.. teringin jugak nak tadah muka utk di mekapkan..

Sy terlupa nak snap gambar sebelum Maziah di mekapkan...
kita tengok gambar selepas jelah ya...




Suami Maziah sgtla teruja tengok isterinya yg bertambah cantiks... terima kasih ya Maziah.. taun depan Dinner jgn lupa kolling Hanna ...

My Touch For Diana

Pertunangan Diana & Rizal
Bandar Baru Sentul
Sabtu 21 Sept 2013
nak share hasil mekap Sabtu tadi... Sy ada 2 booking pada hari yang sama... Sanding dan Bertunang. Tiba tiba dapat another booking minta mekapkan dia untuk Dinner...so Alhamdulillah
Job pertama di Kg Ampang Indah.. seperti biasa Job dari Butik Aura... sy akan upload gambarnya kemudian ya...
Kemudiannya ke rumah customer kedua pula di Bandar Baru Sentul.
Ini adalah kali kedua Diana mendapatkan sentuhan sy. Dalam entry lepas sy pernah mekapkan Diana  utk Dinner dan kali ini untuk pertunangan beliau pula..







Diana sangat sangat berpuas hati dengan sentuhan sy. katanya ramai yg cakap dia cunn bangetttt.. hahah
anyway Diana  mmg natural beauty.. Kak Hanna just enhance jer lagi... tepek ini sikit itu sikit...
Tunngu sentuhan kak Hanna di hari persandingan Diana nanti ya...

Wednesday, September 11, 2013

Complimentary Dari Customer

Complimentary Dari Customer
Hilang rasa penat kan..bila mendapat kredit dari Customer..

Complimentary Dari Diana ( Mekap Tunang) 

Complimentray Dari Qema (Mekap Sanding)










Selamat Berbahagia buat Qema & Aizan
 

Copyright © 2012 Reserved to Touch Of Hanna Syamhanna design with love by Cik Bulat