Tuesday, October 18, 2011

Dinner Make up For Nora Zainora

Dinner Make up
Client : Nora Zainora
Venue : KL
Mua : Hanna Syamhanna


Nora ni datang dari Melaka untuk Majlis Annual Dinner anjuran syarikat tempatnya bekerja di KL.
Nora juga tidak di siapkan sepenuhnya oleh SH,, Nora hanya datang untuk mekap & kemudiannya balik ke hotel untuk bersiap.. Jadi hasilnya tidaklah begitu cantik...



Terima kasih kepada Nora di atas kepercayaan yang di beri untuk menata rias wajahnya..

Make Up Dinner For Rinn

Make up For Majlis Cukur Jambul
Client : Rinn
Venue : Jalan Peel KL
MUA : Hanna Syamhanna


Rinn adalah regular customer SH.. kalau nak ke kenduri kahwin pun Rinn biasanya mendapatkan sentuhan dari SH. Untuk solekan kali ini, Rinn meminta solekan yang heavy sedikit.


Selepas make up SH tak sempat nak snap photo Rinn.. bila majlis dah nak berakhir barulah berkesempatan mensanp sekping dua..



Make Up For Majlis Cukur Jambul

Make up For Majlis Cukur Jambul
Client : Mai
Venue : Jalan Peel KL
MUA : Hanna Syamhanna

 Majlis cukur Jambul ni di adakan secara besar besaran untuk anak buah Mai..
Untuk majlis cukur jambul ni 4 org adik beradik Mai mendapatkan sentuhan SH..
Tapi malangnya tak banyak gambar yang sempat di Snap.. maklumlah.. tangannya 2 aja..

Kening Mai sangat lebat.. & Mai tanak keningnya di bentuk..
 SH hanya menggunakan teknik gam untuk menutup bulu kening Mai


 wajah Mai selepas di mekap.. tapi belum siap sepenuhnya.. masa ni Mai belum siap pakai tudung..
biasanya SH akan cerahkan sedikit muka client yang pakai tudung....
Mai amat berpuas hati dengan sentuhan SH untuk wajahnya...

Thursday, October 6, 2011

IMBAUAN

Sebenarnya banyak lagi gambar gambar yang tak sempat di uploadkan kat sini.. for those yang nak tengok gambar2 make up yang terbaru boleh pergi ke facebook SH ya.. add jer 'Hanna SyamHanna'.

Apa apa pun SH nak mengimbau balik mekap mekap yang telah SH buat yang SH rasa berpuas hati sgt dengan Hasilnya.

Hanis Wedding
Hanis mempunyai kulit muka yang tidak banyak masalah, Hanya kulitnya sahaja yang tidak sekata.




Hanis Reception Dinner @ Dewan Merak Kayangan


SH puas Hati sgt dengan hasil kerja bersama Hanis.. Hanis pun begitu dan sangat percayakan SH untuk menatariaskan dia Dari bertunang, Nikah, bersanding & reception dinner di Dewan Merak Kayangan


Yang ini pula Engagement utk Fadzliana di Nilai.
Gambar mcm kurang pencahayaan di sebabkan hanya menggunakan kamera hp sahaja..
Fadzliana mempunya kulit muka yang bermasalah.. berminyak & di penuhi oleh parut2 jerawat...
Setelah di make up Fadzliana juga berpuas hati dengan hasil SH.






Gambar gambar yang di ambil ni kurang memuaskan kerana hanya menggunakan kamera kompak  biasa aja...


Jom kita tengok pulak gambar Model Lynda Heaven dari Jannah Modelling Agencies yang SH mekapkan sempena photoshoot Muslimah Masqurade di perkarangan Masjid Negara.

Linda mempunya kulit muka yang bersih tetapi tekstur kulitnya agak kasar & kering.
Untuk Photoshoot ini Lynda menggunakan 2 helai wardrobe & SH menukarkan mekapnya agar lebih natural pada wardrobe yang kedua.








Yang seterusnya pula adalah gambar Ratna - Model make up semasa di Kelas solekan yang SH anjurkan. Make up yang SH gunakan agak tebal kerana dalam kelas solekan ini SH menunjukkan cara cara pemakaian base menggunakan liquid foundation, creamy foundation & stick foundation. Semuanya telah di apply ke wajah Ratna

Ratna mempunyai skin yang bermasalah.. pori pori yang besar dan lebam di bawah mata. Ratna juga takmau keningnya di cukur.. jadi SH hanya menggunakan teknik menyorokkan bulu kening.




Untuk sebarang tempahan Make up bolehla hubungi SH secepatnya ya..
Untuk Mekap kahwin harganya RM300 untuk sekali make up
Bertunang RM250

Monday, September 19, 2011

Baju Baju Pengantin Untuk Di Jual

Salam semua,

Kebelakangan ni, banyak pula pertanyaan tentang baju pengantin untuk di jual, so harini SH uploadkan gambar gambar baju yang SH nak letgo. sebenarnya ada lagi baju2 yang nak jual tapi kemudianlah ya SH masukkan gambar apa yang ada dlm simpanan SH dulu.
Baju2 ini adalah terpakai tapi masih baru & terjaga.


Lace Coklat + Gold
Sepasang Kebaya Lace Coklat Gold + Korset + Sepasang Baju Melayu + Tanjak + Sampin + Bengkung
RM280




Lace Hijau
Sepasang Kebaya Lace Hijau + Sepasang Baju Silang & Jaket luar + Tanjak + Sampin + Bengkung
RM300






Lace Gold Kekuningan
Sepasang kebaya Lace + Korset + Sepasang Baju Melayu+ Tanjak + Sampin + Bengkung
RM280






Lace Maroon & Putih
Sepasang Lace Maroon & Putih
( x banyak manik )
RM50.00

Songket Bunga Tabur Putih Silver
Sepasang Songket Bunga Tabur Putih ( dengan beads hijau )  + Sepasang Baju Melayu + Tanjak + Sampin + Bengkung
RM280



Antara Koleksi koleksi lain yang akan di Letgo

Wednesday, September 7, 2011

Farah & Haniff Wedding





Monday, August 15, 2011

Mekap @ Butik Aura Raja Sehari

14 Aug 2011
Make up For Ratna
Venue : Aura Raja Sehari
Make Up by : SyamHanna
Photo By : SyamHanna using hp Nokia C3




** Maaf kualiti Gambar Kurang Memuaskan

Thursday, August 11, 2011

Make Up Class @ 6 Aug 2011

Alhamdulillah Kelas mekap yg SH buat hari tu telah berjalan dengan Lancarnya...
Tapi gambar tak dapat nak upload semua.. baru updated dlm fb jer...
Layan jelah yang mana ada dulu yer...

Ni Cik model pada Hari tu.. Cik Model ni sebenarnya bidan terjun jer.. dia ni dtg dgn kakaknya yg dtg mekap.. tapi sebb Model sebenar x dapat dtg so SH pinjamkanlah muka dia.. Tengs ya Cikna


Wajah Cikna sebelum di mekapkan


Setelah selesai dimekapkan.. yang bestnya SH tak shave lansung kening Cikna.. guna teknik tampal tampal jer...


Terima Kasih pada Azie, Syaabah, Cikna, Puspa & Leez yg sudi dtg ke kelas SH
 

Copyright © 2012 Reserved to Touch Of Hanna Syamhanna design with love by Cik Bulat