Tuesday, March 29, 2011

Persandingan Sheila & Sham


Persandingan Sheila & Sham
Venue : PPR Laksamana Jalan Peel  Kuala Lumpur
Photo by : SyamHanna
Make up : SyamHanna
Busana By : SyamHanna
 (Pelamin By : SyamHanna
( SH Bridal House 017-2437857 )


Ini wajah Sheila sebelum di mekapkan..


Sheila semasa menunggu ketibaan pengantin lelaki


Berposing2 sakan di atas katil


** Maaf Kualiti Gambar Tak Memuaskan***

 


Ini pila adalah pelamin Sheila & Sham.. ( abaikan si kecik tu yerr )  Gambar ni SH snap selepas abis acara tepung tawar...SH lupa nak snap gambar pelamin sebelum pengantin bersanding... so semak la sikit dengan bunga rampai yang bertaburan....


Sheila bersama suaminya Sham


Deretan Flower girls yang gebu gebu belaka

Apapun terima kasih kepada Sham & Sheila, SH doakan agar keduanya
kekal bahagia hingga ke akhir hayat

Pernikahan Sheila & Sham

Pernikahan Sheila & Sham
Venue

-







Tuesday, March 22, 2011

Day Make Up - Pn Ramlah

Day Make Up
Venue:  Taman Dato Demang, Bdr Putra Perdana
Date : 19 March 2011
Photo By : SyamHanna
Make Up By : SyamHanna
Kali ni SH mendapat tempahan dari Pn Ramlah untuk day mekap di hari pertunangan anak lelakinya.
Seperti biasa, kualiti gambar memang x memuaskan..bilik ini xada lansung cahaya luar & 100% mengharapkan cahaya lampu.
Tak susah mencari rumah Pn Ramlah ni dan agak terhibur dengan telatah 2 org cucunya yang begitu fasih berbahasa inggeris biarpun baru berumur 2 1/2 tahun.
 Untuk mekap Pn Ramlah ini, SH mengikut sepenuhnya kehendak Pn Ramlah, bermula dari eyeshadow, blusher, fake eyelashes & lipstik adalah mengikut pilihan Pn Ramlah sendiri.
Jom kita tengok!
Ini adalah wajah Pn Ramlah sebelum di mekapkan.


Ini pula wajah PnRamlah setelah di mekapkan. Pn Ramlah memilih eyeshadow sederhana bernarna gold & coklat tetapi SH meletakkan sedikit warna merah untuk memberikan seri kepada warna eyeshadow. Pada mulanya Sh telah membuat sedikit teknik soket pada mata Pn Ramlah untuk kesan yang lebih segar namun atas permintaan Pn. Ramlah , SH telah memblend semula warna eyeshadow tadi dengan warna light gold.


Untuk blusher juga Pn Ramlah mahukan yang berwarna coklat & Pn Ramlah tidak mahu warna blusher yang terlalu menonjol.
Untuk lipstik, pada mulanya SH meletakkan warna merah muda yang di padankan dengan gloss supaya wajah Pn Ramlah tampak lebih muda dan manis tetapi atas permintaan Pn ramlah yang mahukan warna 'Russet Red' jadi Sh hanya menurut dan Inilah hasilnya..

Terima kasih SH ucapkan kepada Pn Ramlah kerana percaya kepada sentuhan SH : )


Tuesday, March 15, 2011

Tips Cuci Berus

Minggu ni SH tak pegi kemana-mana.
Sabtu, SH mendapat pelawaan dari Leez- LRTouch untuk ke Hore Hore Aznil membantunya di belakang tabir dan Hari Ahad juga xdapat turut serta dgn Leez ke  Studio NTV7 untuk mekap di sana di sebabkan
SH sudah membuat temu janji dengan 2 orang customer di Butik.
Jadi petang itu SH mencuci berus- berus mekap. Berus-berus mekap ni harus & perlu di cuci untuk mengelakkan bakteria. Maklumlah debu-debu dari bedak, bluher & etc yang melekat pada berus2 tu boleh mengakibatkan bakteria.. kalau tak di bersihkan boleh mengakibatkan gatal-gatal pula pada muka customer nanti...

Meh kita tengok tips- tips untuk mencuci berus.

Senang jer nak cuci berus2 mekap ni...
just guna mandian baby ataupun syampo baby atauapun boleh juga guna shower cream.
Memula siapkan sebesen air suam
Tuangkan sedikit agen pencuci tadi ke dalam besen tadi
Kocak sampai berbuih
 rendamkan seketika berus di dalam air yang telah di masukkan agen pencuci tadi
kemudian gosok2kan secara lembut bulu berus pada tapak tangan anda seperti gambar di bawah
( sila abaikan objek2 lain yang tak berkenaan dlm gambar ni ya.. hehe)

Gosok dalam bentuk bulatan yer...
Tengok tu..airnya keruh... itu menandakan bedak2 mahupun foundation yang melekat pada berus telah keluar...Buat satu persatu pada semua berus mekap yang anda ada....
Tukar air jika perlu. ( bergantung pada tahap kekotoran berus)

Lepas dah cuci semuanya.. bilas berus tadi dengan air bersih. ( kalu nak guna air suam pun amatlah di galakkan) perlu di ingatkan.. anda perlu bilas beberapa kali sehinggalah betul betul bersih.
Gambar kat diatas ni bilasan yang pertama.. masih keruhkan airnya.. jadi kena bila bilas dan bilas lagi

Bila dah siap bilas semua, lapkan berus dengan tuala bersih. Lapikkan dengan kertas putih ataupun boleh juga gunakan tuala yang bersih untuk lapik berus2 ni macam gambar kat bawah ni yer...

Kemudian keringkanlah ... dan pastikan berus betul-betul kering untuk di gunakan semula.
Senang jer kan... Selamat mencuba

Wednesday, March 9, 2011

Nazeera & Zack Wedding

Nazeera & Zack Wedding
Venue : Felda Trolak Selatan Sungkai
Date : 6 March 2011
Make Up By : Syamhanna
Photo By : Syamhanna using camera Cikai jerr..

Awal pagi SH dah smpai di rumah Eera sebbnya Eera ni bertunang, Nikah & Photoshoot di Hari yang sama.. seawal 9.30pg Eera harus berada di masjid untuk majlis pertunangannya dan jam 11.30 pula untuk Majlis Pernikahan

 Eera sebelum mekap
  

Eera dah bersiap nak ke masjid.
 Gambar ni dapat satu jer yg elok sebb pencahayaan yang kurang bagus .. tambah pula SH guna camera compac saja..so gambar semuanya jadi gelap...
Gambar kat bawah ni pula Eera dah balik dari masjid..



Untuk baju kedua ni SH toucupkan semua base. Cuaca hari tu panas sangat.. kesian dgn Eera yang berpeluh-peluh jadi SH semburkan penyegar ke seluruh muka & leher Eera supaya lebih segar. SH pasangkan base semula kecuali di bahagian mata SH cuma touch up kan eyeshadownya saja..
Apa yang menariknya suami Eera memuji Eera yang nmpak sungguh manis dengan sentuhan SH

Eera bersama suaminya Zack.



kat bawah ni gambar pelamin Eera.
Pelamin simple saja sebb Eera tak sanding.. just utk snap photo saja

 

SH  ucapkan terima kasih kepada Eera kerana mempercayai sentuhan dari SH di hari bersejarahnya.
Semoda Eera & Zack berbahagia hingga ke akhir hayat.


Friday, March 4, 2011

Bengkel Solekan Pengantin

Atas permintaan, Bengkel Solekan Pengantin Kini kembali lagi....

Bertempat di : Aunee Bridal di Bdr Sri Permaisuri Cheras
Bertarikh : 13 March 2010
Waktu :  2.00 ~ 5.00 ptg
Yuran penyertaan : RM160.00

 Terhad kepada 5 peserta saja ya.. SH tak mau ambil ramai2..nanti x focus. Bawa Model Sendiri yer...

* Alat Mekap Di sediakan. Kalu nak bawa barang sendiri pun boleh
* Makanan ringan & Minuman di sediakan
* Sijil Penyertaan
* Peserta akan dipelawa menjadi ahli 'SH Make up Team'
  Future, SH akan sub kan job mekap pada sesiapa yang mendaftar sebagai ahli.
  Buat Masa ini tiada bayaran akan di kenakan.

 
Modul pembelajaran Hari itu adalah:

Teknik Membentuk Kening
- Bagaimana nak mencukur kening
- Bagaimana nak menutup kening yang tak di cukur
- Bagaimana mendapatkan kening yang nmpak natural
- Bagaimana nak membentuk kening yang kemas

Teknik pemakaian Foundation
- Teknik menggunakan Foundation Jenis Stick
- Teknik menggunakan Foundation Jenis Cream
- Teknik menggunakan Foundation Jenis Liquid
- Dan Bagaimana menggunakan ketiga-tiga jenis foundation di atas

Teknik Shading
- Bagaimana nak shading hidung supaya nampak natural
- Bagaimana nak shading rahang

Eyeshadow
- Teknik solekan mata menggunakan 4 - 5 jenis warna eyeshadow
- Teknik smokey
- Teknik Soket

Blusher
- Teknik pemakaian blusher supaya pipi nmpak menonjol
- Teknik pemakaian blusher untuk pipi tembam

Lipstick
- Bagaimana memilih warna yang selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit


Jika Berminat, hubungi SH di 017-2437857 - SyamHanna

Tuesday, March 1, 2011

Photoshoot Make Up

 Photoshoot Make Up
Venue: KTM Station Kuala Lumpur
Date : 27 Febuary 2011
Model 1 : Linda
Photo By : SyamHanna
Make Up By : SyamHanna
 
 
Taraaa.... SH uploadkan lagi gambar model yang SH mekapkan untuk photoshoot haritu.

Model without make up

 
In progress

 
Muka dah siap.. kejap yerr nak tuko baju & pakai tudung pulak..

Linda bergaya dengan Mask nya...

haa.. ni pose Linda masa nk minum air.. masanya Linda dah di shoot. Walupun penat tetap memberikan senyuman...Sori yea Linda, SH snap gambo masa Linda nak minum...

SH Touch up lipstik Linda and sambung shoot lagi





Baju yang first dah abis di shoot.. skrg Linda tukar ke wardrobe yang kedua pulak iaitu 'Casual'

SH touch up muka & tukar lipstik agar nampak lebih soft & natural

 

Linda tetap memberikan senyuman walaupun penat..
Anyway best dapat memberikan sentuhan pada wajah Linda kerana dia begitu professional.
Siap bagi green light pada SH untuk buat apa pun kat muka dia..
Thanks Linda
 

Copyright © 2012 Reserved to Touch Of Hanna Syamhanna design with love by Cik Bulat